Wednesday 25 January 2012

Penjaga Gol yang perihatin.. - Oh Media

Dalam satu perlawanan UEFA Cup antara Athletic Bilbao (Spain) dan Trabzonspor (Turki), ketika perlawanan menuju minit-minit akhir, salah seorang penyokong Bilbao cuba untuk mengalih perhatian penjaga gol Trabzonspor, Tolga Zengin dengan melemparkan sebuku roti kepada penjaga gol tersebut.

Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi. Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu.

Selepas perlawanan itu, atas permintaan wartawan Eropah, Tolga Zengin yg juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau;

"Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya. Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat sebuku roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia"
 .


1 comment:

Unknown said...

Memang terbaiklah tindakan dia.. boleh dijadikan contoh & teladan yang baik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...