Monday 19 September 2011

Fernando Torres Misses Open Goal Against Man Utd ... Apa pon Tak boleh... !!!

read more»»  

Orang minyak lagiii !!!



KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tidur nyenyak penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak dekat sini awal pagi ini hanya seketika apabila sebuah keluarga yang tinggal di tingkat bawah perumahan itu diganggu seorang lelaki berbogel yang digelar ‘orang minyak’.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki warga asing yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam terbabit ‘mengejutkan’ keluarga Norlida Hassan, 42, apabila dia dilihat bersilat
di hadapan rumah wanita itu.
Katanya, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi
read more»»  

Saturday 10 September 2011

Lagi cerita tentang cukai perkhidmatan prabayar / top up...


Rencana

Minda Pengarang: Syarikat telekomunikasi tiada sebab kenakan cukai perkhidmatan prabayar

PENGGUNA telefon bimbit prabayar kelmarin dikejutkan dengan pengumuman bersama syarikat telekomunikasi bahawa mereka akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian pek atau kad SIM prabayar, berkuat kuasa 15 September ini. Banyak pihak, termasuk persatuan pengguna membantah langkah ini dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, terutama ketika syarikat terbabit turut mengumumkan keuntungan berlipat ganda bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu. Pendapatan sebuah syarikat telekomunikasi itu juga meningkat 1.5 peratus dalam tempoh berkenaan dengan mencatatkan 3.2 juta pelanggan pascabayar dan 9.5 juta prabayar. Selain itu syarikat berkenaan terus mencatat pertumbuhan kukuh bagi segmen bukan suara dengan mencatat pertumbuhan 20 peratus didorong perkhidmatan internet dan data. Prestasi syarikat telekomunikasi terbabit adalah bukti bahawa ia tidak mempunyai sebarang alasan atau sebab munasabah untuk mengenakan cukai perkhidmatan, sekali gus membebankan pengguna yang memberi sokongan kepada kemajuan syarikat. Kesan caj tambahan itu sudah tentunya lebih membebankan jika dalam satu keluarga ada tiga hingga lima orang menggunakan perkhidmatan prabayar.
read more»»  

Thursday 8 September 2011

Penagih dadah hidup mewah... !


Penagih dadah hidup mewah tipu tiga bank, akhirnya dicekup

PULAU PINANG 7 Sept. - Tanda tanya tentang kehidupan mewah seorang penagih akhirnya terbongkar setelah dia didapati memperdaya sekurang-kurangnya tiga buah bank komersial untuk memiliki lapan kad kredit dengan cara memalsukan dokumen.
Had penggunaan bagi setiap kad kredit itu pula mencecah sehingga RM15,000 dan digunakan untuk berhibur serta membeli barangan mewah seperti jam berjenama dan barang kemas sejak setahun lalu.
Kegiatan licik lelaki yang tidak bekerja itu menyebabkan bank-bank terbabit mengalami kerugian hampir RM100,000 selain gagal mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
Bagaimanapun, kegiatan suspek berusia 48 tahun itu akhirnya terbongkar selepas ditahan di rumahnya di Taman Sinar Pelangi, Jelutong di sini, pukul 12.30 tengah hari semalam, selepas lebih tiga bulan menjadi buruan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, pemeriksaan polis mendapati,
read more»»  

Thursday 1 September 2011

Tarikh Keramat ....

read more»»  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...