Showing posts with label cukai topup cukai prabayar kad parabayar. Show all posts
Showing posts with label cukai topup cukai prabayar kad parabayar. Show all posts

Saturday, 10 September 2011

Lagi cerita tentang cukai perkhidmatan prabayar / top up...


Rencana

Minda Pengarang: Syarikat telekomunikasi tiada sebab kenakan cukai perkhidmatan prabayar

PENGGUNA telefon bimbit prabayar kelmarin dikejutkan dengan pengumuman bersama syarikat telekomunikasi bahawa mereka akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian pek atau kad SIM prabayar, berkuat kuasa 15 September ini. Banyak pihak, termasuk persatuan pengguna membantah langkah ini dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, terutama ketika syarikat terbabit turut mengumumkan keuntungan berlipat ganda bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu. Pendapatan sebuah syarikat telekomunikasi itu juga meningkat 1.5 peratus dalam tempoh berkenaan dengan mencatatkan 3.2 juta pelanggan pascabayar dan 9.5 juta prabayar. Selain itu syarikat berkenaan terus mencatat pertumbuhan kukuh bagi segmen bukan suara dengan mencatat pertumbuhan 20 peratus didorong perkhidmatan internet dan data. Prestasi syarikat telekomunikasi terbabit adalah bukti bahawa ia tidak mempunyai sebarang alasan atau sebab munasabah untuk mengenakan cukai perkhidmatan, sekali gus membebankan pengguna yang memberi sokongan kepada kemajuan syarikat. Kesan caj tambahan itu sudah tentunya lebih membebankan jika dalam satu keluarga ada tiga hingga lima orang menggunakan perkhidmatan prabayar.
read more»»  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...